Breaking News

Pages


14 October 2016

Free Market / Gelendangan / Asnaf Negeri Sembilan


Assalamualaikum sahabat budiman,

Pada 1/10/2016 bersamaan hari Sabtu, telah diadakan program Free Market Bertempat di perkampungan orang asli kg ulu chembong, Rembau. Terima kasih tak terhingga bagi yang bermurah hati  memberi sumbangan berupa pakaian, permainan, makanan,peralatan terpakai, kasut2 terpakai , hadiah hamper dan lain2.

Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian dan semoga sentiasa dirahmatiNya.


“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”
 - Riwayat Bukhari


Kepada sesiapa sahaja yg bermurah hati atau nak buat amal jariah zakat akhirat anda..boleh whatsapp hubungi akk ☎013-6883152 kerana kami masih memerlukan dana atau apa sahaja sumbangan dari anda.


Kami amat memerlukan bantuan2 semua sebab kami sentiasa menjalankan aktiviti amal seperti berikut:

1. Misi Gelendangan Seremban -> setiap hari malam jumaat
2. Misi Free Market dengan penduduk PriBumi(kaum asli) setiap bulan
3. Misi membantu golongan2 Asnaf
4. Misi membantu keluarga2 susah yg sangat daif memerlukan pertolongan
5. Misi membantu anak2 yatim
6. Misi membantu golongan2 yg kurang upaya/uzur/tenat
7. Misi membantu golongan yg sedang menerima rawatan Hospital
8. Misi membantu apa sahaja yg dapat menolong semua


Contoh sumbangan2 yg anda boleh bagi seperti
Wang, Beras, Minyak Masak, Tepung , Gula, Susu, Pampers kanak2, Sponser makanan utk Gelengdangan, Air Mineral , Pakaian terpakai yg masih elok, Barang2 terpakai, atau APA-APA SAHAJA IKHLAS DARI ANDA.

Semua sumbangan ini disalurkan bg Insan yg berada dalam kawasan Negeri Sembilan. Kedatangan dialu2 kan bagi sesiapa yg berminat nak jadi Sukarelawan dan sertai kami bersama2 menjayakan aktiviti ini ..👍


Juga Boleh Hubungi Sukarelawan kami
Presiden En.Raziff  011-10891973
Setiausaha Pn.Fadhilah  012-9805132


#SemogaAndaSemuaKayaJutawanDuniaAkhirat #NegeriSembilan
#GSLEdix  #sgcc #FikirNakBeramal #taukeemasonline #kedaiemasonline
*program anjuran NGO - Food Not Boms Negeri Sembilan. Boleh layari FB kami Food Not Boms






















No comments:

Post a Comment

Designed By VungTauZ.Com